Monday, 1 September 2014

1. Organisasi bisnes dan suasana strukturnya.

Berdasarkan apa yang ditulis dalam rencana lepas, penulis telah menetapkan sedikit hala tuju untuk penulisan blog ini. Jadi, di sini penulis cuba untuk mengotakan kehendak tersebut. Bab pertama, tentang organisasi bisnes dan suasana strukturnya. Bab pertama ini penulis akan pecahkan kepada beberapa bab-bab kecil. Berikut adalah yang penulis ilhamkan,

1. Jenis-jenis organisasi bisnes
2. Objektif sesebuah organisasi
3. Pihak berkepentingan (stakeholders)
4. Pengaruh keadaan suasana luar daripada organisasi bisnes.
5. Alat perancangan sesebuah organisasi dalam aktiviti bisnes.
6. Kemajuan bisnes dan keperluan organisasi untuk tukar strukturnya.
7. Perubahan suasana bisnes dan perubahan pengurusan bisnes.
8. Globalisasi.

Pengenalan: Tujuan sesebuah perniagaan.


Perniagaan wujud sebagai satu aktiviti harian manusia, satu aktiviti untuk memenuhi keperluan dan kemahuan manusia. Contoh, seorang manusia memerlukan sepasang baju sejuk untuk menghadapi musim sejuk namun dirinya tidak mampu pun menghasilkan satu pasang baju sejuk untuk dirinya. Dia terpaksa meminta pertolongang daripada seseorang yang mempunyai kepakaran dalam membuat baju sejuk. Namun, tukang jahit juga memerlukan sesuatu untuk hidupnya. Bekalan makanan untuk musim sejuk akan datang. Kebetulan manusia yang memerlukan baju sejuk tadi mempunyai lebihan makanan hasil daripada tanamannya sendiri. Mereka bersetuju untuk melakukan pertukaran antara baju sejuk dengan bekalan makanan berdasarkan nisbah yang dipersetuju oleh mereka. Apa yang berlaku di sini adalah satu bentuk perniagaan.

Contoh di atas adalah contoh lama. Sekarang, sistem perniagaan pesat membangun. Sehingga tujuan perniagaan bukan lagi sahaja untuk memenuhi keperluan dan kemahuan manusia, malah lebih dari itu. Perniagaan bertujuan untuk menjana keuntungan, perniagaan satu langkah politik, perniagaan merupakan satu senjata senyap dalam perperangan, dan sebagainya. Kata sesetengah ahli dan pakar yang mengkaji sistem perniagaan semasa. Walaubagaimanapun, hakikatnya asas sesebuah perniagaan adalah tetap sama. Memenuhi keperluan dan kemahuan manusia. Ini asas. 

Blog ini ditulis demi mempelajari sistem perniagaan, berkongsi apa-apa maklumat mengenai sesebuah perniagaan, mengkaji isu-isu berkaitan dengan aktiviti perniagaan dan apa-apa sahaja yang merangkumi bidang perniagaan. Bidang perniagaan ini luas. Oleh sebab itu, eloklah penulis merangkakan sedikit draf objektif penulisan blog ini sebagai hala tuju penulisan. Draf ini tidak semestinya diikut dengan begitu tegas untuk penulisan akan datang. Hanya hala tuju sahaja. Apa yang dapat penulis fikirkan sekarang adalah seperti berikut:

1. Organisasi bisnes dan suasana strukturnya.
2. Pengurusan sumber manusia. Mungkin akan lebih membincangkan tentang isu-isu pekerja.
3. Akaun dan kewangan
4. Pemasaran.
5. Pengurusan operasi.
6. Strategi-strategi bisnes.

Idea draf ini pun diambil oleh penulis berdasarkan silibus Business and Management yang dipelajari sewaktu penulis menuntut IB Diploma dahulu. Namun waktu itu semua yang berkaitan bisnes, penulis pelajari dalam bahasa Inggeris. Di sini pula, ingin penulis menulisnya kembali kedalam bahasa Melayu dan menokok-tambah ilmu pengetahuan tersebut dengan sesuatu yang baru. Harap-harap penulis akan terus menulis dari masa ke semasa.